Aeroflot Penerbangan 1492

Penerbangan 1492 Aeroflot ialah penerbangan penumpang domestik berjadual dari Lapangan Terbang Antarabangsa Sheremetyevo, Moskow, ke Lapangan Terbang Murmansk, Murmansk, Rusia. Pada 5 Mei 2019, pesawat Sukhoi Superjet 100 yang terbang di laluan ini berbelok kembali ke Sheremetyevo tidak lama selepas lepas landas. Sayap dan badan belakangnya terbakar usai pendaratan keras. Sekurang-kurangnya 41 orang terkorban.